Bank Rakyat kini telah mengumumkan mereka akan melakukan penaik-tarafan sistem perbankan teras mereka, sekaligus memberikan impak terhadap operasi perbankan Bank Rakyat untuk beberapa hari.
Proses menaik-taraf ini akan bermula petang Jumaat, 9 Oktober 2020, sehingga 12 tengah hari 12 Oktober 2020. Semua perkhidmatan perbankan Bank Rakyat akan tergendala ketika tempoh tersebut, kecuali kad Kredit-i.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah termasuk perkhidmatan di kaunter, perbankan internet iRakyat, iBizRakyat, Kad Debit-i, Terminal Layan Diri Bank Rakyat, dan juga urusan di Ejen Bank Rakyat.
Pihak Bank Rakyat meminta pengguna melakukan persediaan awal bagi melancarkan urusan kewangan anda sepanjang tempoh ini.