Carian
AirAsia Mengemaskini Aplikasi Untuk Menjadi Aplikasi Semua-Dalam-Satu Meliputi Pelbagai Perkhidmatan
October 8, 2020 Amy Maizuraa

AirAsia Group kini secara rasminya memperkenalkan Airasia.com Asean Super App dalam usaha menjadikan pengalaman para pengguna lebih mudah, selain melebar luaskan ekosistem digital yang berkualiti dan menyeluruh. Melaluinya, pengguna boleh mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk perjalanan, e-dagang dan urusan kewangan.

Air Asia dalam kenyataannya berkata, mereka turut hadir dengan sejumlah penawaran menarik bagi meraikan pelancaran aplikasi ini. Ia termasuklah jualan Airasia.com Super Sale yang bakal berlangsung bermula 12 – 18 Oktober ini. Melaluinya, diskaun sehingga 90% ditawarkan untuk semua produk daripada pelbagai kategori di aplikasi Airasia.com Asean Super App dan juga laman rasmi mereka.

Mengulas lebih lanjut, salah satu daripadanya adalah kombo SNAP yang terdiri dengan pakej penerbangan dan tempahan hotel bermula serendah RM88. Seterusnya, diskaun 50% untuk semua penerbangan domestik dan potongan sebanyak 10% pula untuk penerbangan lain ke lebih 3,000 destinasi di seluruh dunia.

Kemudian, pengguna turut boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk barang jenis makanan menerusi Airasia Food dan Airasia Fresh. Di samping itu, terdapat juga sejumlah lagi diskaun lain seperti 30% untuk pelbagai aktiviti, 20% untuk tempahan hotel, 10% untuk perkhidmatan Aqiqah menerusi IKHLAS dan banyak lagi.

Tambah AirAsia lagi, pengguna turut boleh menikmati dua kali mata ganjaran Big Point sepanjang tempoh jualan ini, selain juga boleh menggunakannya untuk membuat sebarang pembelian.

Komen