Xiaomi Menawarkan TV 55-inci Percuma Untuk Pembelian Mi 10T Pro – Terhad 500 Unit

Xiaomi Menawarkan TV 55-inci Percuma Untuk Pembelian Mi 10T Pro – Terhad 500 Unit

Diterbitkan pada Okt 8, 2020 oleh .

Xiaomi akan mula menjual telefon pintar mercu terbaru mereka, Mi 10T Pro bermula tengah malam ini, 9 Oktober 12 tengah malam. Menariknya, untuk 500 pembeli pertama, pihak Xiaomi turut menawarkan televisyen secara percuma, iaitu model Mi LED TV 4S bersaiz 55-inci.

Xiaomi Mi 10T Pro merupakan telefon pintar mercu terbaru yang dilengkapi skrin 6.67-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut hadir dengan bateri 5000mAh, dilengkapi pengecasan pantas 33W, serta kamera belakang utama 108-megapixel.

Peranti ini turut hadir menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan menarik, seperti skrin 144Hz, ciri kamera yang menarik untuk rakaman video, termasuk sokongan jaminan selama 24 bulan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar MI 10T Pro ini bermula malam ini pada harga RM1999.

Beli : Xiaomi Mi 10T Pro



TIPS & ULASAN