Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Galaxy F, iaitu Samsung Galaxy F41. Telefon pintar ini diperkenalkan di pasaran India sahaja buat masa ini.

Samsung mengatakan telefon pertama dibawah siri Galaxy F ini telah dibangunkan hasil kerjasama dengan pihak Flipkart, iaitu laman edagang terkemuka di India.

Samsung Galaxy F41 hadir dengan skrin 6.4-inci sAMOLED, dijana Exynos 9611, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 15W, serta kamera utama 64-megapixel.

Memandangkan ia dibangunkan bersama pihak Flipkart, maka tidak diketahui lagi sama ada Galaxy F ini akan ke pasaran luar India atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd