OnePlus Memperlihatkan Rekaan OnePlus 8T Secara Rasminya

OnePlus Memperlihatkan Rekaan OnePlus 8T Secara Rasminya

Diterbitkan pada Okt 8, 2020 oleh .

OnePlus hari ini telah menerbitkan video acah untuk OnePlus 8T akan datang, sekaliugus memperlihatkan rekaan telefon pintar berkenaan.

Melalui video acah, OnePlus mempertontonkan bahagian belakang telefon OnePlus 8T Berkenaan, termasuk rekaan kedudukan kamera, serta pilihan warna hijau untuk peranti berkenaan.

Ia menyertakan empat kamera pada bahagian belakang, dengan sensor utama 48-megapixel.

Mengikut apa yang diketahui sebelum ini, peranti ini turut dijangka menyertakan skrin 120Hz, selain sokongan pengecasan pantas 65W, dan menjalankan Android 11 bersama-sama dengannya.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan rekaan belakang OnePlus 8T ini?



TIPS & ULASAN