Cari @ Amanz

Pada penghujung acara pengumuman siri CPU AMD Ryzen 5000, Dr. Lisa Su, CEO AMD turut mengacahkan sedikit butiran mengenai satu lagi pelancaran produk akan datang mereka, iaitu kad grafik AMD Radeon RX 6000.

Beliau memperlihatkan bentuk fizikal kad grafik tersebut diatas pentas, dimana ia nampaknya sebuah kad grafik yang cukup besar, dan akhirnya menggunakan sistem penyejukan dengan tiga buah kipas, berbanding dengan satu kipas peniup pada generasi yang lepas.

Prestasi kad grafik tersebut juga diperlihatkan sedikit, dimana AMD menggunakan permainan Borderlands 3 pada resolusi 4K dengan tetapan tinggi yang mana ia mampu digerakkan pada kadar bingkai sekitar 60FPS.

AMD juga memperlihatkan sebuah carta yang menunjukkan bahawa kad grafik ini mampu menggerakkan dua permainan lain, iaitu Call of Duty: Modern Warfare dan Gears of War 5 pada resolusi yang sama dengan kadar bingkai yang sangat tinggi.

Dr. Lisa Su mengatakan bahawa maklumat lanjut mengenai kad grafik ini, yang menggunakan cip grafik Big Navi dan teknologi RDNA2 akan diperlihatkan dengan lebih lanjut pada acara akan datang pada 28 Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd