Netflix Untuk Televisyen Kini Mempunyai Menu “New & Popular” – Carian Kandungan Terkini Kini Lebih Mudah

Netflix Untuk Televisyen Kini Mempunyai Menu “New & Popular” – Carian Kandungan Terkini Kini Lebih Mudah

Diterbitkan pada Okt 9, 2020 oleh .

Netflix adalah platform penstriman video yang popular. Dalam platform ini terdapat jutaan kandungan dan pasti kadang kala anda buntu dan sukar memilih kandungan yang ingin ditonton. Kemudian, apabila ada filem, siri TV atau dokumentari baru tiba atau yang bakal tiba anda akan kerap terlepas pandang atau tidak perasan.

Terkini untuk Netflix pada televisyen, menu baharu telah diperkenalkan – iaitu “New & Popular”. Ia adalah menu yang memaparkan barisan-barisan kategori kandungan, ada yang baru dan yang lama diperbaharui.

  • Top 10 untuk lihat apa yang majoriti pelanggan Malaysia tonton.
  • New on Netflix iaitu kandungan yang baru sahaja tiba.
  • Coming Soon iaitu kandungan yang bakal tiba ke Netflix.
  • Worth the Wait adalah barisan baharu yang juga merupakan kandungan yang bakal tiba – cuma ia akan tiba lebih jauh di masa hadapan berbanding Coming Soon.

Pada barisan Coming Soon dan Worth the Wait ia mempunyai ikon loceng, yang bukan sahaja boleh memberi peringatan – ia kini boleh terus masukkan kandungan yang bakal tiba tersebut terus ke senarai My list anda selepas ia disiarkan.

Seperti yang dikatakan tadi, ia terhad untuk Netflix televisyen sahaja. Pada telefon pintar, ada ikon Coming Soon yang boleh anda semak kandungan bakal tiba. Kemudian di skrin utama, kandungan popular seperti Top 10 diperlihatkan dengan jelas.

Artikel ini ditulis di Aksiz terlebih dahulu.



TIPS & ULASAN