Cari @ Amanz

OnePlus sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan aksesori audio terbaru yang mungkin dikenali sebagai OnePlus Buds Z seiring dengan pelancaran OnePlus 8T kelak. Dalam perkembangan terkini, rekaan penuh aksesori audio ini dikhabarkan telah tertiris sepenuh di arena web.

Memetik maklumat dikongsi, ia dilihat seakan-akan mengiyakan imej penggoda tersebar sebelum ini – yang mana hadir dengan rekaan jenis fon dalam telinga bertangkai. Seterusnya, ia juga hadir dengan pod pengecas yang berbentuk bujur bersama lampu LED pada bahagian hadapan – yang mungkin bertujuan untuk pemberitahuan status pengesan. Turut kelihatan port pengecasan USB-C pada bahagian belakang, selain satu butang khusus yang mungkin digunakan untuk proses tambatan.

Untuk spesifikasi pula, OnePlus Buds Z dijangka hadir dengan pemacu audio bersaiz 10mm, selain turut dilengkapi sokongan teknologi Dolby Atmos dan Dirac Audio Tuner. Ia juga didakwa mampu menawarkan ketahanan bateri sehingga 20 jam secara keseluruhan, dan OnePlus sebelum ini telah mengesahkan ia hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP55.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd