Jawatankuasa Parlimen UK Mendakwa Terdapat Bukti Huawei Bersekongkol Dengan Parti Komunis China

Jawatankuasa Parlimen UK Mendakwa Terdapat Bukti Huawei Bersekongkol Dengan Parti Komunis China

Diterbitkan pada Okt 9, 2020 oleh .

Tahun 2020 adalah tahun yang teruk bagi penduduk bumi tetapi ia lebih teruk kepada Huawei dengan pelbagai sekatan yang diperketat. Halangan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat juga melibatkan sekutu terkuat mereka United Kingdom.

Semalam jawatankuasa pertahanan Dewan Rakyat UK telah menerbitkan laporan yang mendakwa terdapat bukti Huawei bersekongkol dengan parti komunis China.

Menara Telekomunikasi

Di dalam laporan tersebut, Huawei dikatakan dapat menjual kelengkapan telekomunikasi mereka pada harga yang amat rendah kerana bantuan kewangan dari kerajaan China. Hubungan akrab dengan Parti Komunis China dilihat mendatangkan risiko keselamatan kepada UK dan jawatankuasa menyarankan supaya semua kelengkapan telekomunikasi Huawei digantikan lebih pantas daripada sasaran menjelang 2027.

Huawei telah mengeluarkan kenyataan balas menyangkal laporan yang menurut mereka adalah berdasarkan pendapat dan bukannya fakta. Mereka percaya orang ramai dapat melihat tuduhan yang dilempar adalah tidak berasas dan mengingati sumbangan Huawei kepada UK sejak 20 tahun lalu.



TIPS & ULASAN