Carian
Imej Sebenar Huawei Mate X2 Kini Tertiris
October 9, 2020 Amy Maizuraa

Huawei sebelum ini telah berjaya mencuri perhatian ramai terutamanya peminat setia menerusi pengenalan Huawei Mate dan Mate Xs. Kedua-duanya merupakan peranti pintar yang hadir dengan kebolehan skrin boleh-lipat. Tidak lama kemudian, Huawei sekali lagi menjadi tumpuan selepas dikhabarkan mempatenkan sebuah lagi peranti dengan kebolehan seperti ini yang mungkin dikenali sebagai Huawei Mate X2 pula.

Dalam pekembangan terkini, imej sebenar peranti ini didakwa telah mula diperlihatkan – sekaligus secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi gambaran kasar mengenai rekaannya. Imej tersebut seakan mengiyakan rekaan paten yang tertiris sebelum ini – di mana ia dilihat menggunakan rekaan dwi-skrin yang menyerupai Galaxy Fold. Ia dilihat menawarkan  menawarkan rekaan boleh-lipat kedalam, selain turut kelihatan tiada sebarang takuk mahupun lubang yang disertakan pada skrin utama tersebut.

Tiada sebarang spesifikasi yang dikongsi, namun terdapat khabar angin mengatakan ia mungkin menampilkan skrin bersaiz 8-inci selain, menyokong perisian EMUI 11. Desas-desus mengatakan peranti ini mungkin tidak akan dilancarkan sehingga tahun 2021 kelak. Tetapi, itu tidak menghalang kita untuk mengetahui mengenai perkembangan terbarunya.

Komen