Carian
Siri Kad Grafik GIGABYTE AORUS GeForce RTX 3080 Dan RTX 3090 Memasuki Pasaran Tempatan – Harga Mencecah RM8799
October 9, 2020 Effi Saharudin

Sebelum ini Gigabyte telah melancarkan kad grafik NVIDIA RTX siri-30 mereka di Malaysia pada harga mencecah RM7899. Tetapi bagi mereka yang inginkan prestasi permainan video yang lebih ekstrim, Gigabyte telah melancarkan kad grafik yang sama di bawah jenama AORUS mereka minggu ini.

Empat model ditawarkan iaitu AORUS GeForce RTX 3090 XTREME 24G, AORUS GeForce RTX 3090 MASTER 24G, AORUS GeForce RTX 3080 XTREME 10G dan AORUS GeForce RTX 3080 MASTER 10G. Kesemuanya hadir dengan sistem penyejukan yang ditambah baik bagi mengurungkan suhu kad grafik ketika digunakan.

Oleh sebab itu harga jualan kad grafik adalah lebih premium dengan dijual pada harga RM4459 untuk AORUS GeForce RTX 3080 MASTER 10G dan meningkat ke RM8799 untuk AORUS GeForce RTX 3090 XTREME 24G.

Komen