Aplikasi [email protected] Membolehkan Akaun Hong Leong Bank Dibuka Tanpa Perlu Ke Cawangan

Aplikasi [email protected] Membolehkan Akaun Hong Leong Bank Dibuka Tanpa Perlu Ke Cawangan

Diterbitkan pada Okt 9, 2020 oleh .

Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank kini hadir dengan satu aplikasi perbankan dinamakan [email protected] dalam usaha memudahkan lagi pengguna untuk membuka akaun secara atas talian mengikut keselesaan mereka, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih menariknya lagi, proses pendaftaran ini dibuat secara atas talian sepenuhnya dan kad debit akan dihantar terus kepada pengguna tanpa perlu mengunjungi cawangan untuk pengesahan identiti.

Melalui aplikasi [email protected], pengguna boleh membuka akaun dengan beberapa langkah mudah dan sahkan identiti dengan hanya menggunakan kad pengenalan dan gambar swafoto sahaja. Kemudian, pengguna juga perlu mengisi sejumlah maklumat peribadi, mencipta nama pengguna dan kata laluan untuk HLB Connect bagi membolehkan akaun tersebut diakses selepas diaktifkan.

Pengenalan aplikasi ini adalah usaha Hong Leong Bank dalam menyahut penerbitan garis panduan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini. Sekaligus menjadikan Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank merupakan bank pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman digital secara menyeluruh dengan proses lengkap kepada pengguna.

Muat turun aplikasi [email protected] menerusi Google Play Store

Muat turun aplikasi [email protected] menerusi Apple App Store



TIPS & ULASAN