Tesco Mengaktifkan Pembayaran Nirtunai Di Semua Medan Seleranya

Tesco Mengaktifkan Pembayaran Nirtunai Di Semua Medan Seleranya

Diterbitkan pada Okt 9, 2020 oleh .

Tesco hari ini mengumumkan mereka telah mengaktifkan sokongan pembayaran secara nirtunai disemua medan selera di pasaraya mereka, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk melakukan pembayaran, sementara pada masa yang sama membantu peniaga beralih ke arena digital.

Tesco pada hari ini mengendalikan sekitar 56 medan selera yang terletak di cawangan pasaraya mereka di seluruh negara. Dengan pengumuman ini, pengguna boleh menggunakan dompet digital kegemaran untuk melakukan pembayaran secara nirtunai di medan selera dibawah Tesco.

Tesco Nirtunai

Tesco mengatakan pembayaran nirtunai menjadi pilihan ramai pengguna berusia bawah 35 tahun, dan Malaysia mempunyai kadar penembusan dompet digital sekitar 40% – tertinggi di Asia Tenggara.

Pada hari ini, dompet digital yang disokong di Tesco adalah termasuk Boost, GrabPay, KiplePay, Touch n Go, MCash, AliPay dan juga Maybank QRPay.



TIPS & ULASAN