Fave merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda menemui pelbagai promosi di kedai-kedai makan dan peruncit terdekat. Melaluinya, Fave menawarkan pulangan wang tunai untuk pembelian, sekaligus membolehkan anda lebih berjimat disesuatu kedai.
Terbaru, Fave turut telah mengintegrasikan sokongan pembayaran menggunakan GrabPay pada aplikasi mereka. Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran menggunakan kredit di akaun Grab, selain pada masa yang sama menjana GrabRewards untuk perbelanjaan menggunakannya.
Penambahan GrabPay ini adalah alternatif pembayaran yang disediakan oleh Fave, selain turut menawarkan penggunaan kad kredit atau debit, Boost, dan juga mata ganjaran AirAsia.
Melalui Fave, pengguna sedia boleh berjimat ketika berbelanja untuk makan, dan kini dengan integrasi GrabPay, pengguna turut boleh membayar dengan pantas, serta mengumpulkan mata ganjaran GrabRewards diluar aplikasi Grab, serta menikmati pulangan tunai Fave.
- Muat-Turun Fave untuk Android
- Muat-Turun Fave untuk iPhone