Energizer Energy E241 & Energy E241S Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM169

Energizer Energy E241 & Energy E241S Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM169

Diterbitkan pada Okt 9, 2020 oleh .

Avenir Telecom kini melebarkan sayap ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan dua buah model iaitu Energizer Energy E241 dan Energizer Energy E241S. Untuk penawaran harganya, Energizer Energy E241 dijual pada harga RM169. Manakala, Energizer Energy E241S pula berharga RM199 untuk seunit. Turut difahamkan, mereka bakal memperluaskan lagi penawaran produk mereka dengan lebih banyak pilihan lain pada masa akan datang.

Energizer Energy E241 dan Energizer Energy E241S berkongsi spesifikasi yang sama. Dilengkapi skrin 2.4-inci TFT QVGA (240×320), RAM sebesar 512MB, storan 4GB dan slot microSD sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi sebuah kamera VGA pada hadapan dan belakangnya, selain menyertakan bateri sebesar 1900 mAh. Ia turut menjalankan sistem operasi KaiOS dan dipasang dengan KaiStore, serta beberapa aplikasi dan perkhidmatan termasuk Google Assistant, Facebook, Peta Google, YouTube, dan Twitter. 

Apa yang membezakan kedua-duanya hanya pada sokongan CPU, di mana Energizer Energy E241 dilengkapi Unisoc SC7731E dengan GPU Mali T-820. Manakala, , Energizer Energy E241S hadir dengan Unisoc SC9820E bersama GPU Mali T-820.



TIPS & ULASAN