Carian
(Ura-Ura) Sistem Pengecasan Apple MagSafe Disokong Pada iPhone 12
October 9, 2020 Effi Saharudin

Masihkah anda ingat dengan sistem pengecasan MagSafe yang digunakan pada MacBook sebelum digantikan dengan pengecasan USB-C? Menerusi MagSafe, kabel pengecas akan tercabut sendiri apabila disentap mengelakkan kerosakan pada komputer riba jika terjatuh. Kini kedengaran ura-ura MagSafe akan kembali digunakan pada iPhone 12.

Menurut laporan MacRumors yang memetik maklumat dari akaun peniris Kang di laman weibo, MagSafe generasi baru ini akan diberikan pada kerangka khas untuk iPhone 12. Terdapat magnet yang disusun berbentuk bulat pada bahagian belakang kerangka. Ini akan memastikan pengecas nirwayar akan terpasang pada orientasi yang betul bagi mendapatkan pengecasan yang optimum.

Rekaan kerangka ini telah tertirs pada Ogos lalu bersama dengan pengecas nirwayar AirPower Mini yang dibangunkan Apple. Mungkin kerana saiz pengecas yang kecil ini, Apple ingin memastikan orientasi yang tepat sepanjang basa bagi mengelakkan pengecasan tidak boleh dilakukan.

Komen