Apple Dijangka Mengumumkan Mac Pertama Dengan Cip Apple Silicon Pada November Ini

Apple Dijangka Mengumumkan Mac Pertama Dengan Cip Apple Silicon Pada November Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2020 oleh .

Apple sedia memperkenalkan Apple Watch dan iPad pada September lepas, dan bulan ini mereka dijangka memperkenalkan iPhone baru pada 14 Oktober. Selain daripada itu, Apple juga kini diperkatakan bakal memperkenalkan Mac pertama menggunakan cip pemprosesan Apple Silicon yang dibangunkan sendiri pada bulan November kelak.

Apple sebelum ini telah mengumumkan peralihan daripada menggunakan cip Intel kepada cip pemprosesan mereka tersendiri melalui Apple Silicon. Ia dikatakan akan menawarkan pemprosesan berkuasa tinggi, dan berasaskan kepada ARM.

Info penuh mengenai komputer riba ini masih tdiak diketahui lagi. Apple telah sedia mengatakan yang mana mereka akan beralih penuh kepada penggunaan cip pemprosesan tersendiri dalam tempoh 2 tahun lagi.



TIPS & ULASAN