Cari @ Amanz

Celcom kini mengumumkan mereka akan mengadakan tawaran “Feel Good Sunday Campaign”, dimana mereka akan menawarkan internet tanpa had pada kelajuan tinggi antara 12 tengah hari sehingga 6 petang pada 11 Oktober 2020.

Tawaran ini juga dilihat berkemungkinan disebabkan masalah teknikal yang dihadapi pada hari Ahad lepas antara 3 petang sehingga 6 petang, dan ini mungkin cara Celcom memohon maaf kali kedua.

Tawaran internet percuma ini akan diaktifkan kepada semua pengguna prabayar dan pascabayar Celcom yang mempunyai talian aktif.

Penggunaan data percuma ini adalah termasuk untuk penggunaan hotspot dan perkongsian internet. Anda yang tidak melanggan pelan internet juga turut boleh menikmati tawaran ini.

Bagi pengguna Celcom, anda boleh menikmati tawaran ini antara 12 tengah hari sehingga 6 petang esok, 11 Oktober 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd