Pakistan Mengharamkan TikTok Kerana Kandungan Kurang Sopan

Pakistan Mengharamkan TikTok Kerana Kandungan Kurang Sopan

Diterbitkan pada Okt 10, 2020 oleh .

Pakistan kini mengumumkan mereka akan mengharamkan TikTok, sekaligus menghalang akses kepada aplikasi sosial yang popular pada peringkat global berkenaan.

Pakistan mengatakan mereka mengambil-langkah untuk mengharamkan aplikasi ini disebabkan oleh kandungan tidak bermoral dan kurang sopan.

TikTok Amanz

Pakistan mengatakan pengharaman ini dilakukan lanjutan disebabkan aduan daripada pelbagai segmen masyarakat terhadap kandungan aplikasi berkenaan yang kurang sopan.

Pihak berkuasa Pakistan turut mengatakan akan melihat kembali kepada pengharaman ini sekiranya TikTok berjaya hadir dengan mekanisma yang sesuai untuk kawalan kandungan pada aplikasi tersebut.



TIPS & ULASAN