Huawei kini telah mengesahkan mereka bakal memperkenalkan siri telefon pintar Huawei Mate 40 pada 22 Oktober 2020 kelak.
Buat masa ini, info penuh berkenaan penawaran siri Huawei Mate 40 masih menjadi misteri, dan dijangka akan diketahui lanjut tidak lama lagi.
Huawei dijangka akan terus memfokuskan kepada penawaran perisian, sokongan rakaman gambar, dan juga prestasi peranti secara menyeluruh.
Apa pun, mengikut desas-desus, kuantiti pengeluaran Huawei Mate 40 agak terhad kerana kekangan perdagangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat – sekaligus mengurangkan kuantiti perkakasan, cip dan sebagainya yang boleh didapati oleh Huawei.
Sama-sama kita nantikan 22 Oktober ini untuk melihat sendiri apakah penawaran yang bakal dibawakan Huawei Mate 40, disamping perancangan penawaran pihak Huawei untuk pasaran global.