OnePlus 8 Dan 8 Pro Mula Menerima Kemaskini Android 11

Diterbitkan pada Okt 10, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita baik bagi peminat peranti Android kerana hari ini OnePlus 8 dan 8 Pro akhirnya menerima kemas kini ke Android 11. Serentak dengan kemas kini ini, peranti ini turut menerima pelancar terkini OxygenOS 11 yang diberikan nafas baru.

Pemilik disarankan mempunyai 30% bateri dan storan kosong sebesar 3GB sebelum melakukan kemas kini. Selain OnePlus 8 dan 8 Pro, kemas kini OxygenOS 11 akan turut diberikan kepada OnePlus 7T Pro, OnePlus 7T, OnePlus 7Pro, OnePlus 7, OnePlus 6T, OnePlus 6 dan OnePlus Nord tetapi latar masa bila ia akan diberikan belum dikongsi oleh pihak pengeluar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami