Google sedia menawarkan sejumlah aplikasi dibawah penjenamaan “Go” yang mana dioptimasikan untuk penggunaan peranti berspesifikasi rendah – serta tidak menyertakan ciri-ciri tambahan yang tidak digunakan ramai.
Terbaru, Google turut telah mula menawarkan aplikasi GMail Go untuk semua pengguna Android. Secara kasar, ia boleh dikatakan sebagai aplikasi GMail versi ringan, menawarkan pengalaman penggunaan emel dengan ciri-ciri utama yang diperlukan ramai.

Dari segi antaramuka, ia menawarkan antaramuka menyerupai aplikasi GMail asas, tetapi tiada integrasi Google Meet, serta beroperasi lebih pantas.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba GMail Go pada peranti anda hari ini.
Muat-Turun GMail Go untuk Android