Razer Iskur Ialah Kerusi Gaming Dengan Bahagian Lumbar Boleh Laras

Razer Iskur Ialah Kerusi Gaming Dengan Bahagian Lumbar Boleh Laras

Diterbitkan pada Okt 11, 2020 oleh .

Beberapa bulan yang lalu pengasas Razer menghantar ciapan merungut kerusi untuk gaming yang digunakan beliau tidak selesa sehingga mengakibatkan sakit pinggang. Selepas beberapa bulan, Razer Iskur telah dilancarkan pagi ini sebagai kerusi gaming pertama keluaran mereka.

Razer Iskur kelihatan seperti kesemua kerusi gaming di pasaran dengan rekaan tempat duduk bucket seat. Bahagian belakang boleh dilaras untuk keselesaan tetapi Iskur hadir dengan tiga tetapan pada bahagian lumbar. Pada tetapan paling tinggi, ia terjongket ke atas. Bahagian bantal lumbar ini juga mempunyai kemasan seakan kulit ular.

Kerana direka untuk gamer, tempat meletakkan tangan Iskur juga boleh dilaras mengikut keselesaan. Sedikit mengejutkan tiada pula sokongan Razer Chroma buat pertama kali pada produk Razer. Akhir sekali kerusi ini dijual pada harga US$500 (~RM2067) sebuah.



TIPS & ULASAN