Razer Blade Stealth 13 Dikemaskini Dengan Cip Intel Generasi Ke-11

Razer Blade Stealth 13 Dikemaskini Dengan Cip Intel Generasi Ke-11

Diterbitkan pada Okt 11, 2020 oleh .

Bagi peminat ultrabook yang masih boleh digunakan bagi tujuan permainan video, Razer Blade Stealth 13 ialah antara pilihan yang popular. Di acara Razercon yang berlangsung pagi ini, komputer riba setebal 0.6″ telah dikemaskini.

Ia kini akhirnya menggunakan cip Intel Core-i7 generasi ke-11, dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti, memori sebesar 16GB LPDDR4XRAM dan storan sebesar 512GB SSD. Skrin masih lagi sebesar 13.3″ tetapi dengan pilihan kadar segar semula 120Hz atau skrin OLED dengan sokongan sesentuh. Papan kekuncinya pula hadir dengan sokongan Razer Chroma tetapi sekadar satu zon sahaja.

Pilihan I/O pula ialah 2x UBS-A, 1x USB-C, 1X Thunderbolt 3 dan satu bicu audio. Empat buat pembesar suara yang disertakan pula menggunakan sistem audio Dolby Atmos. Kesemua ini dimasukkan ke dalam sebuah komputer riba yang seberat 1.4 kilogram. Harga jualannya pula adalah bermula dari $1799 (~RM7445) sebuah.



TIPS & ULASAN