Cari @ Amanz

Razer merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi untuk peminat permainan video. Hari ini, pihak Razer telah menganjurkan acara RazerCon dan memperkenalkan beberapa produk baru.

Antaranya adalah kerusi gaming, dan turut sama memperkenalkan beberapa aksesori dibawah jenama Razer. Salah satunya juga adalah Razer Seiren Mini.

Razer Seiren Mini

Mikrofon ini membawakan ketinggian sekitar 6.4-inci, dan dikatakan menawarkan kualti audio tahap profesional melaluinya.

Dengan saiznya yang kompak, ia sesuai untuk diletakkan di meja komputer tanpa menggunakan ruangan yang besar, atau menganggu pengguna. Pada era norma baharu, mikrofon ini juga turut boleh digunakan untuk panggilan video berkualiti tinggi, selain turut menggunakannya untuk tujuan penstriman permainan.

Buat masa ini, harga jualan untuknya tidak diketahui lagi. Razer Seiren Mini ini akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih dan merah jambu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd