Kerangka Razer Tomahawk Ditawarkan Dalam Saiz ATX Dan Mini-ITX

Kerangka Razer Tomahawk Ditawarkan Dalam Saiz ATX Dan Mini-ITX

Diterbitkan pada Okt 11, 2020 oleh .

Sekiranya komputer riba Razer Blade Stealth 13 tidak menarik minat anda, kerangka Razer Tomahawk mungkin lebih mengujakan kerana anda bebas memilih komponen yang ingin digunakan. Razer menawarkan kerangka ini dalam dua saiz iaitu ATX dan Mini-ITX.

Kedua-duanya hadir dengan sistem lampu Razer Chroma pada bahagian bawah, sistem penyejukan dengan penapis debu terbina, dan sokongan sistem penyejukan cecair. Perbezaan saiz menyebabkan Razer Tomahawk ATX mempunyai tujuh slot untuk komponen manakala Razer Tomahawk Mini-ITX sekadar mempunyai empat slot.

Kaca tertempa digunakan pada kedua-dua pintu sisi yang boleh dibuka. Harga jualan untuk Razer Tomahawk ATX ialah $200 (~RM827) manakala Razer Tomahwak Mini-ITX pula ialah $180 (~RM744) sebuah.



TIPS & ULASAN