Cari @ Amanz

Akhir sekali pagi ini, Razer Kraken BT Kitty Edition telah dilancarkan dan merupakan fon telinga seakan kucing tetapi versi nirwayar. Walaupun begitu fon kepala ini masih mengekalkan sistem lampu LED pada telinga kucing dengan sokongan Razer Chroma.

Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga 20 jam jika LED diaktifkan atau sehingga 50 jam tanpa lampu. Menerusi tambatan bluetooth 5.0, fon kepala ini memberikan pengalaman audio dengan sela massa 40 ms sahaja.

Satu lagi perbezaan versi ini dengan versi berwayar ialah pemandu audio yang lebih kecil (40mm) dan mikrofon yang tidak terkeluar. Sebaliknya ia terbina pada kedua-dua penutup telinga. Dengan Razer Kraken BT Kitty Edition dijual pada harga $100 (~RM413) dalam warna merah jambu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd