Langganan Percuma Apple TV+ Dilanjutkan Ke Februari 2021
October 11, 2020
Apple
Effi Saharudin
November tahun lalu Apple menawarkan langganan Apple TV+ secara percuma selama setahun kepada yang membeli peranti baru. Menurut laporan Mashable, tempoh langganan percuma ini telah dilanjutkan sehingga Februari 2021.
Penawaran percuma ini diberikan bagi menarik minat pengguna untuk melanggan selepas tempoh tersebut. Tetapi sehingga kini jumlah pelanggan berbayar masih belum setanding pesaing mereka seperti Netflix dan Disney+ kerana jumlah kandungan baharu yang amat terhad.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.