Cari @ Amanz

Pembantu maya Google Assistant membolehkan arahan suara diberikan bagi melancarkan pelbagai aplikasi serta aksi. Assistant telahpun dikemaskini bagi memberikan sokongan yang lebih banyak untuk aplikasi pihak ketiga seperti Instagram, Prime Video, Facebook, Twitter, Reddit dan Samsung Health.

Sebelum ini arahan suara Google Assistant hanya boleh diberikan untuk melancarkan aplikasi pihak ketiga. Sokongan diberikan kepada 30 aplikasi paling popular di Play Store sahaja terlebih dahulu. Untuk melihat aplikasi yang disokong Assistant serta senarai arahan yang boleh dilakukan, anda hanya memberikan arahan “Hey Google, show my shortcuts”. Ciri ini boleh digunakan oleh kesemua pengguna Google Assistant sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd