Sony Xperia 5 II Berharga RM4,099 Di Malaysia

Sony Xperia 5 II Berharga RM4,099 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Sony Xperia 5 II hadir dengan spesifikasi kelas mercu, di samping sejumlah ciri menarik yang lain. Dalam artikel sebelum ini, kami ada mengatakan bahawa peranti ini akan mula dijual di Malaysia pada bulan Disember kelak. Namun begitu, tarikh dan penawaran harganya masih menjadi tanda tanya.

Dalam perkembangan terkini, laman web Sony Malaysia dilihat telah mendedahkan harga untuk peranti ini – yang mana ia ditawarkan pada harga RM4,099 untuk seunit. Selain itu, ia turut hadir dalam tiga pilihan warna berbeza seperti Pink, Blue dan Black. Harga kini telah terjawab, namun tarikh penawaran peranti masih belum diketahui buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar mengenainya pada masa akan datang.

Untuk spesifikasi, Sony Xperia 5 II dilengkapi skrin 6.1″ OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120HZ dan bernisbah 21:9. Ia dijana cip Snapdragon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4000mAh dengan pengecasan pantas sehingga 21W.

Kamera utamanya terdiri dengan 12+12+12-Megapixel dipadankan dengan kamera swafoto sebesar 8 megapixel. Lensa ZEISS digunakan bagi memastikan kualiti gambar yang baik. Menurut Sony juga, peranti ini mampu melakukan rakaman video 4K dengan HDR pada kadar 120 bingkai sesaat.



TIPS & ULASAN