Vivo Y73s 5G Kini Rasmi Dengan Cip MediaTek Dimensity 720 & Kamera Utama 48MP

Vivo Y73s 5G Kini Rasmi Dengan Cip MediaTek Dimensity 720 & Kamera Utama 48MP

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Sebuah lagi peranti terkini daripada Vivo diperkenalkan di China, baru-baru ini. Dikenali sebagai Vivo Y73s 5G, model terbaru ini hadir dengan sokongan cip pemproses MediaTek Dimesity 720 (7nm), sekaligus menjadi sebuah lagi peranti 5G yang mampu milik.

Untuk spesifikasi, Vivo Y73s 5G hadir dengan skrin berukuran 6.44-inci AMOLED FHD+ bersama paparan hadapan bertakuk kecil. Selain itu, paparannya turut hadir mempunyai sokongan HDR10. Seterusnya, peranti ini turut menyertakan sokongan RAM sebesar 8GB (LPDDR4X), storan dalaman 128GB (UFS 2.1) selain, antaramuka FuntouchOS 10.5 berasaskan Android 10 terkini. Melengkapi peranti adalah kamera utama dengan konfigurasi 48-Megapixel (f/2.0) + 8-Megapixel (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) dan kamera hadapan 16-Megapixel. Baterinya pula adalah 4,100mAh bersama pengecasan pantas 18W melalui sambungan port USB-C.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna seperti Silver Moon dan Black Mirror, Vivo Y73s 5G djual pada harga CNY1,998 (~RM1,230). Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja



TIPS & ULASAN