Intel Melancarkan CPU Core i3-10100F Untuk Pembina Komputer Bajet

Intel Melancarkan CPU Core i3-10100F Untuk Pembina Komputer Bajet

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Jika anda sedang berfikir untuk membina sebuah komputer mampu milik untuk tujuan gaming, Intel baru-baru ini telah melancarkan sebuah cip pemprosesan baru, iaitu Intel Core i3-10100F.

Cip pemprosesan tersebut adalah sama seperti Intel Core i3-10100, tetapi tidak mempunyai cip pemprosesan terbina didalam. Ia mempunyai empat teras, kelajuan asas 3.6GHz dan kelajuan turbo 4.3GHz dan menyokong memori DDR4 dengan kelajuan 2667, dan boleh dimasukkan kedalam mana-mana papan induk LGA1200 ataupun Intel Z490 tanpa masalah.

Jika anda berfikir untuk membina sebuah komputer berkuasa rendah, cip pemprosesan ini juga hadir dengan TDP serendah 65W sahaja, tetapi anda masih perlu menggunakan kad grafik kendiri untuk mengaktifkan paparan skrin.

CPU Intel Core i3-10100F ini dikatakan sudahpun memasuki beberapa pasaran terpilih pada harga sekitar $79-$97 bergantung kepada berapa banyak CPU yang dibawa masuk oleh pekedai, iaitu lebih rendah berbanding tanda harga $120 yang ditawarkan untuk Intel Core i3-10100.



TIPS & ULASAN