OnePlus Nord Edisi Khas Turut Akan Diperkenalkan Pada 14 Oktober Ini – Mungkin Versi Sandstone

OnePlus Nord Edisi Khas Turut Akan Diperkenalkan Pada 14 Oktober Ini – Mungkin Versi Sandstone

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan OnePlus yang baru dilancarkan beberapa bulan lalu. Ia diijana dengan Snapdragon 765G, menawarkan pengalaman penggunaan seakan peranti mercu, skrin 90Hz dan juga harga yang kompetitif. Semasa pelancaran, ia hanya ditawarkan dalam dua warna sahaja iaitu hitam dan biru.

Terkini, OnePlus telah mengumumkan yang OnePlus Nord akan mempunyai edisi khas pada 14 Oktober ini. Ia akan diperkenalkan bersama-sama dengan OnePlus 8T. Berdasarkan gambar yang OnePlus ciap di Twitter, ia mungkin adalah OnePlus Nord dengan panel belakang Sandstone. Ia adalah bahan kemasan ikonik OnePlus, yang mana digunakan pada OnePlus One dan OnePlus 2. Kemudian selepas OnePlus X dan seterusnya, kemasan Sandstone ini hanya ditawarkan dalam bentuk kerangka pelindung sahaja.

OnePlus One

Adakah OnePlus Nord edisi khas ini akan mengimbau kembali kenangan OnePlus One? Panel Sandstone diperbuat daripada plastik dan kemasannya adalah seakan kertas pasir yang memberikan cengkaman. Alang-alang rangka peranti sudah pun plastik, apa salahnya panel belakang juga guna plastik? Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN