Hadiah Nobel Fisiologi Atau Perubatan Dianugerahkan Kepada Saintis Yang Menemui Virus Hepatitis C

Hadiah Nobel Fisiologi Atau Perubatan Dianugerahkan Kepada Saintis Yang Menemui Virus Hepatitis C

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Terdapat lima jenis hepatitis di dunia dengan Hepatitis C menjangkiti lebih 70 juta individu dunia. Hadiah Nobel untuk fisiologi atau perubatan tahun ini telah dianugerahkan kepada Harvey Alter, Michael Houghton dan Charles Rice, tiga ahli sains yang menemukan virus berbahaya ini.

Pad pertengahan dekad 70an, Alter ialah saintis pertama yang menyedari jangkitan pada hati yang berlaku pada penerima darah tidak disebabkan oleh virus hepatitis A ataupun B. Sebuah virus baharu yang tidak diketahui adalah penyebabnya.

Michael Houghton kemudian menemui antibodi kepada virus hepatitis C pada tahun 1987. Ini menjurus kepada pembangunan kit ujian yang dapat mengesan virus pada darah sebelum pemindahan darah dilakukan di hospital.

Akhir sekali Charles Rice meneruskan kajian ke atas virus ini sehingga membolehkan rawatan anti-viral dibangunkan. Pada waktu ini 95% jangkitan hepatitis C dapat dirawat dengan rawatan anti-viral.

Tanpa sumbangan tiga saintis ini, hepatitis C akan terus menjangkiti insan menerusi pemindahan darah di hospital, perkongsian jarum dan alatan perubatan yang tidak dinyahkuman dengan betul. Jika rawatan tidak diberikan ia menyebabkan kematian menerusi kerosakan hati, kanser dan sirosis.



TIPS & ULASAN