Five Eyes, Bersama-sama Jepun Dan India Mahukan Syarikat Teknologi Membuka Jalan Belakang Ke Sistem Penyulitan

Five Eyes, Bersama-sama Jepun Dan India Mahukan Syarikat Teknologi Membuka Jalan Belakang Ke Sistem Penyulitan

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Five Eyes, jika anda tidak ketahui ialah gabungan lima negara barat, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand yang memfokuskan kepada perkongsian maklumat diantara lima negara itu.

Terkini, Five Eyes, bersama-sama dengan kerajaan Jepun dan India telah mengeluarkan permintaan kepada syarikat-syarikat teknologi yang menggunakan teknologi penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) untuk membenarkan jalan belakang dibangunkan untuk tujuan keselamatan.

Mereka mengatakan bahawa jalan belakang tersebut diperlukan oleh pihak berkuasa supaya ia lebih mudah untuk mencari kumpulan-kumpulan penjenayah dan keganasan yang menggunakan perkhidmatan permesejan yang disulitkan sepenuhnya.

Bahagian Keadilan Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan media mengenai isu ini. Di dalam kenyataan tersebut, Five Eyes telah menetapkan beberapa langkah yang diharap akan memudahkan lagi kerja pihak berkuasa untuk menangkap pihak-pihak yang jahat tersebut.



TIPS & ULASAN