Cari @ Amanz

Yeelight adalah produk peranti berhubung di bawah naungan Xiaomi. Yeelight memfokuskan kepada produk-produk lampu, seperti lampu tidur pintar, mentol LED pintar, lampu siling, jalur RGB untuk hiasan dan banyak lagi. Kebanyakan produk Yeelight menyokong RGB dengan pelbagai pilihan warna dan menyokong Siri, Google Assistant atau juga Xiao AI.

Terkini, Yeelight telah bekerjasama dengan Razer untuk menyokong Razer Chroma Connect. Ini bermakna, Yeelight turut menyertai Nanoleaf dan Philips Hue yang mana menyokong inetgrasi kawalan RGB melalui aplikasi Razer Syanpse3. Pengguna kini boleh menyelarikan produk-produk Yeelight dengan mana-mana produk Razer dengan sokongan ini. Contohnya, jika anda membuat kawalan tembak menembak dan lampu RGB pada tetikus, komputer riba Razer akan berkelip-kelip warna merah – lampu dalam bilik dari Yeelight turut akan melakukan kesan yang sama.

Untuk melakukan integrasi ini, pengguna masih perlu hubungkan produk Yeelight melalui aplikasi Yeelight. Kemudian ia perlu disambungkan melalui aplikasi Razer Synapse 3 dan akhirnya lengkapkan integrasi dengan aplikasi khas, Yeelight Chroma Connector.

Dengan integrasi Yeelight dan Razer, kini pengguna boleh berjimat lebih – kerana seperti yang semua sedia maklum harga produk-produk Yeelight adalah jauh lebih murah dari Philips. Bagi yang berminat boleh cuba sistem integrasi RGB ini bagi menjadikan pengalaman permainan video lebih imersif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd