Carian
Shenzhen Menguji Matawang Digital Untuk Mengorak Langkah Ke Masa Hadapan Nirtunai
October 12, 2020 Nazrin

Boleh dikatakan bahawa seluruh dunia sedang bergerak ke arah penggunaan teknologi nirtunai untuk membayar segala pembelian harian, tidak kira secara atas ataupun luar talian.

Kerajaan Shenzhen dilaporkan bakal menguji matawang digital Yuan yang baru diperkenalkan oleh kerajaan China dimana beberapa ribu pengguna yang bernasib baik akan menerima matawang digital Yuan tersebut melalui sistem loteri.

Ia dilaporkan bahawa kerajaan Shenzhen akan memberi sebanyak 10 juta yuan (RM4.5 juta) kepada rakyat-rakyat terpilih bermula hujung minggu ini, yang boleh dibelanjakan pada pelbagai jenis kedai fizikal dan atas talian di sekitar Shenzhen.

Matawang digital ini, yang dinamakan Digital Currency Electronic Payment (DCEP) dan lebih seakan versi digital matawang Yuan sekarang, dan tidak seperti kriptowang seperti Bitcoin ataupun Ethereum. Untuk menyimpan matawang ini, rakyat hanya perlu memuat-turun aplikasi dompet digital Digital Renminbi App.

Matawang digital DCEP ini dikeluarkan oleh People’s Bank of China, ataupun bank negara China dan merupakan matawang digital yang dikatakan akan menggantikan matawang fizikal Yuan di masa akan datang.

Matawang digital ini sudahpun diuji di pelbagai lokasi lain setakat ini, seperti misalnya kawasan-kawasan sekitar Sukan Olimpik 2022 kelak, dan ia dilaporkan sebanyak 13 juta transaksi telah dilakukan setakat ini.

Shenzhen boleh dikatakan diantara negeri di China yang hadir dengan jumlah syarikat teknologi terbanyak di negara tersebut, dan ia dijangka bahawa ujian ini akan memesatkan lagi penggunaan matawang digital tersebut dalam masa terdekat ini.

Komen