Arteri Tambahan Pada Tangan Manusia Moden Tanda Evolusi Mikro Sedang Berlaku

Arteri Tambahan Pada Tangan Manusia Moden Tanda Evolusi Mikro Sedang Berlaku

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Mengikut sains manusia berevolusi selama jutaan tahun sebelum menjadi Homo sapien. Evolusi dibuktikan dengan penemuan rangka spesis-spesis awal manusia tetapi ramai tertanya-tanya sama ada kita masih lagi berevolusi. Jawapan kepada soalan ini ialah ya dan antara bukti terkini ditemui oleh penyelidik dari Flinders University.

Kedudukan arteri median pada lengan manusia – Flinders University

Kajian yang telah diterbitkan di dalam jurnal Journal of Anatomy mendapati semakin ramai manusia mempunyai arteri ketiga pada bahagian tangan. Arteri ini secara lazimnya akan hilang dari fetus selepas lapan minggu di dalam rahim ibu mengandung.

Pada awal abad ke-18, hanya 10% manusia mempunyai arteri tambahan ini. Tetapi di abad ke-20 ia meningkat ke 30%. Sekiranya berterusan, semua manusia diramalkan akan mempunyai arteri median ini menjelang 2100.

Saintis tidak mengetahui mengapa semakin ramai manusia mempunyai arteri ketiga pada tangan tetapi ia adalah bukti evolusi mikro yang sedang berlaku. Mereka sekadar mempunyai hipotesis arteri tambahan ini meningkatkan kecekapan pergerakan tangan tetapi pada waktu yang sama meningkatkan risiko mengalami sindrom terowong karpal.



TIPS & ULASAN