Carl Pei Dilaporkan Meninggalkan OnePlus Untuk Memulakan Projek Baharu

Carl Pei Dilaporkan Meninggalkan OnePlus Untuk Memulakan Projek Baharu

Diterbitkan pada Okt 13, 2020 oleh .

Carl Pei sedia dikenali sebagai muka untuk OnePlus. Sebut nama Carl Pei, pasti orang akan ingat OnePlus. Beliau adalah pengasas bersama OnePlus, yang mana membangunkan produk OnePlus One bersama-sama dengan Pete Lau pada usia muda. Beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab menjadikan promisi dan pasaran jenama OnePlus tular.

Peranti mereka yang terkini seperti OnePlus Nord, beliau juga merupakan individu yang memainkan peranan penting di sebalik peranti tersebut. Terkini menurut Techcrunch, Carl Pei akan meninggalkan OnePlus bagi memulakan sesuatu yang baru. Tidak pasti lagi apakah projek baru beliau atau apakah produk beliau akan datang.

Temuramah bersama Amanz

Tetapi hasrat beliau pada suatu ketika dahulu boleh dikatakan tercapai. Bermula dengan pembunuh peranti mercu dengan cara jualan jemputan, sehinggalah jenama OnePlus menjadi jenama premium bersaing dengan banyak jenama lain. Beliau pernah meluahkan perasaan ingin bekerja dengan Samsung, untuk pelajari bagaimana jenama tersebut berkembang dan menjadi jenama yang besar.

Harapnya, tanpa Carl Pei jenama OnePlus tidak akan rosak.



TIPS & ULASAN