Cari @ Amanz

MPOW hari ini telah melancarkan pengecasan nirwayar magnetik mereka khusus untuk iPhone 12. Ia mengesahkan ura-ura yang kedengaran sebelum ini bahawa sistem pengecasan seakan MagSafe akan dikembalikan oleh Apple.

Pengecas berbentuk bulat ini mempunyai magnet pada bahagian belakang yang akan memastikan sambungan yang betul pada panel belakang iPhone 12. Orientasi yang tepat akan dipastikan setiap masa dengan magnet yang disusun dalam bentuk bulat. Aksesori ini dilancarkan sebelum acara pelancaran rasmi iPhone 12.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd