DxOMark Menjadualkan Acara Khas Pada 20 Oktober Kelak

DxOMark Menjadualkan Acara Khas Pada 20 Oktober Kelak

Diterbitkan pada Okt 13, 2020 oleh .

DxOMark cukup terkenal dengan laporan penanda aras untuk prestasi kamera dan juga audio pada sesebuah peranti pintar. Dalam perkembangan terkini, DxOMark telah menjadualkan sebuah acara khas yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, 20 Oktober 2020.

Perkara tersebut telah dikongsi sendiri oleh pihak DxOMark menerusi sebuah entri di laman Twitter milik mereka dengan memperlihatkan sebuah imej penggoda berlatar belakang warna biru bersama tulisan ” DXOMARKFOCUS”.

Tapi sayangnya, entri tersebut tidak pula mendedahkan sebarang petunjuk atau bayangan mengenai apa yang bakal diperkenalkan atau dibawakan pada acara khas berkenaan. Ada kebarangkalian yang tinggi ia adalah acara pelancaran untuk sebuah produk. Sebabnya, DxOMark sebelum ini pernah muncul dengan pengenalan aksesori kamera yang dikenali sebagai DxO One.



TIPS & ULASAN