Surface Pro X Kini Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga RM6999

Surface Pro X Kini Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga RM6999

Diterbitkan pada Okt 13, 2020 oleh .

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan Surface Pro X, dan kini ia turut telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya. Di Malaysia, ia membawakan tanda harga RM6999.

Surface Pro X hadir dengan penaik-tarafan dari segi spesifikasi, penggunaan cip pemprosesan terbaru SQ2, serta kemasan platinum untuk pengalaman lebih premium.

Dengan berasaskan ARM, ia juga turut menyertakan sejumlah aplikasi popular yang ditawarkan melalui Microsoft Store, disamping turut menawarkan masa penggunaan bateru sehingga 15 jam lamanya.

Bagi anda yanng berminat, boleh mendapatkan Surface Pro X ini pada harga RM6999 melalui pengedar rasmi Microsoft seluruh negara bermula hari ini.



TIPS & ULASAN