Bulan lalu, peranti Samsung Galaxy A42 5G diumumkan oleh Samsung. Tidak banyak yang dikongsi oleh mereka, selain daripada skrin AMOLED bertakuk kecil dan kuad-kamera dan bateri 5000mAh. Peranti ini kini rasmi dan bersaing sengit dengan peranti seperti Pixel 4a.
Peranti ini menggunakan skrin Super AMOLED HD+ bersaiz 6.6-inci, ia dijana dengan Snapdragon 750G dan bukannya seperti ura-ura Snapdragon 690. Memori adalah sehingga 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB. Ia turut menyokong kad microSD sehingga 1TB. Kamera adalah kuad-kamera 48MP (utama) + 8MP (sudut ultra lebar) + 5MP (kedalaman) + 5MP (makro) dan 20MP kamera swafoto.

Bateri adalah 5000mAh dengan sistem pengecasan 15W serta hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin. Selain Pixel 4a, ia turut bersaing dengan OnePlus Nord. Tetapi masing-masing akan ada kekuatan masing-masing.
Harga jualan adalah bermula dari £349 (~RM1891) dan mempunyai pilihan warna seperti Prism Dot Black, Prism Dot White, atau Prism Dot Gray.