Realme C17 Dengan Skrin 90Hz Berharga RM899 Di Malaysia
October 13, 2020
Realme
Aman
Realme hari ini telah mengumumkan beberapa telefon pintar untuk pasaran Malaysia, dan salah satunya adalah Realme C17.

Realme C17 hadir dengan skrin 6.5-inci IPS LCD HD+, dijana cip Snapdragon 460, memori 6GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 13-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel untuk swafoto.
Realme turut mengatakan telefon pintar ini turut akan ditawarkan melalui rakan kerjasama telekomunikasi Digi tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.