Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman terbaru daripada Disney, iaitu Disney+ dilaporkan berkembang dengan sangat pesat walaupun baru sahaja dilancarkan pada tahun ini.

Di mesyuarat pelabur yang baru sahaja berlangsung, syarikat tersebut mengumumkan ia mempunyai sekitar 100 juta pelanggan di seluruh dunia, walaupun negara-negara yang boleh mendaftar untuknya adalah terhad.

Di mesyuarat tersebut, Bob Chapek, Ketua Pegawai Eksekutif Disney mengumumkan bahawa Disney akan memfokuskan pembangunan kandungan akan datang lebih kepada perkhidmatan penstriman mereka.

Menurut beliau, fokus Disney dalam masa terdekat ini adalah untuk memfokuskan kandungan yang dimahui pelanggan mereka, didalam format yang diingini mereka.

Dalam pada itu, struktur syarikat Disney juga akan berubah dari aspek bahagian kandungan. Studio-studio Disney, bahagian hiburan am dan sukan akan diselaraskan dibawah satu bahagian, manakala bahagian pengedaran dan komersialisasi akan disatukan dibawah satu bahagian yang lain.

Bob Chapek juga mengesahkan akibat penyelarasan ini, beberapa pekerja akan dilepaskan, tetapi beliau tidak mengesahkan jumlah pekerja yang akan disuruh untuk mengemas meja mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd