Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Facebook Messenger

Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Facebook Messenger

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

Facebook hari ini memberikan nafas baru untuk perkhidmatan permesejan mereka, Facebook Messenger. Melaluinya, ia kini menerima logo yang ceria dan berwarna-warni dengan corak seumpama Instagram.

Messenger dilihat dipasarkan sebagai hab komunikasi utama untuk orang ramai – bukan sahaja untuk permesejan, tetapi juga untuk panggilan video berkumpulan, untuk menonton video bersama, disamping turut berkomunikasi dengan rakan-rakan di Instagram.

Facebook turut memberikan lebih pilihan tema, dan mengatakan perkhidmatan permesejan ini digunakan lebih sebilion orang.

Adakah dengan kemaskini yang lebih ceria dan mesra ini, kita akan lihat penjenamaan semula untuk perkhidmatan lain di bawah Facebook tidak lama lagi?



TIPS & ULASAN