Cari @ Amanz

Hari ini Apple telah melancarkan barisan iPhone 12. Selepas iPhone 12 dan iPhone 12 Mini diperkenalkan, Apple turut melancarkan iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max. Seperti iPhone 12, ia turut menggunakan rekaan serba baharu yang mengimbau kembali rekaan iPhone 4/5. Ia dijana dengan cip Apple A14 Bionic 5nm, menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dan mempunyai sistem kamera baharu.

iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max mengekalkan tetapan tri-kamera. Tetapi kini ia mempunyai sensor LiDAR. Sensor yang sama digunakan pada iPad Pro. Sensor ini membantu mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman video 4K HDR, Apple ProRAW, Smary HDR 3 atau juga Dolby Vision HDR, melalui lensa sudut ultra lebar ƒ/1.6 lebih baik untuk suasana kurang cahaya, utama dan telefoto 52mm untuk zum 4x dan semua lensa adalah 12MP. Untuk Pro Max, telefoto adalah 65mm dan mempunyai OIS baharu pada lensa sudut ultra lebar.

Peranti ini menggunakan bahan binaan tahan lasak Ceramic Shield dan Aluminium, kekal dengan perlindungan IP68, bateri yang lebih besar, serta turut mempunyai sistem pengecasan MagSafe. iPhone 12 Pro menggunakan skrin 6.1-inci, manakala iPhone 12 Pro Max menggunakan skrin 6.7-inci.

Cip Apple U1 turut diperkenalkan untuk penggunaan AirDrop dan ciri Handsoff. iPhone 12 Pro juga mempunyai sokongan rangkaian 5G, dan mempunyai warna baharu – Pacific Blue.

Tiada lagi saiz 64GB ditawarkan. Ia kini bermula pada 128GB pada harga serendah RM4,899 sehingga RM6,299 untuk 512GB. Dalam kotak seperti yang dijangka, tiada lagi pengecas dan hanya kabel sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd