Apple Memperkenalkan Aksesori Untuk iPhone Dibawah Jenama MagSafe

Apple Memperkenalkan Aksesori Untuk iPhone Dibawah Jenama MagSafe

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

Apple hari ini menghidupkan kembali jenama popular MagSafe mereka. Untuk makluman, sebelum ini Apple menggunakan jenama MagSafe dalam menawarkan sambungan kabel untuk MacBook,yang boleh tertanggal secara sendiri apabila pengguna terlanggarnya.

Apa pun, pada hari ini, Apple membuat sedikit perubahan, dan menawarkan aksesori dibawah jenama MagSafe tetapi untuk iPhone.

Antara yang ditawarkan termasuk adalah penawaran kerangka luaran tambahan untuk iPhone, sebuah kerangka berupa dompet, dan juga kabel pengeas nirwayar.

Berbeza dengan sebelum ini, jenama MagSafe kini dilihat memfokuskan kepada sokongan pengecasan nirwayar yang selamat dan dioptimasikan. Selain daripada penawaran Apple sendiri, ia turut dijangka pengeluar lain mungkin akan hadir dengan aksesori dibawah jenama MagSafe.

Kabel sambungan pengecas nirwayar untuk iPhone dinamakan MagSafe Charge ditawarkan pada harga RM179, dan menawarkan kuasa pengecasan pada kadar 15W.

Disamping itu, beberapa kerangka luaran untuk iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max ditawarkan pada harga bermula RM219,dan sebuah dompet dengan sambungan ke kerangka MagSafe turut ditawarkan pada harga RM269.



TIPS & ULASAN