Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan model telefon pintar terbaru mereka, iaitu iPhone 12. Sebanyak 4 model peranti ditawarkan dibawah iPhone 12. Selari dengannya juga, Apple mengambil langkah untuk mengemaskini penawaran keluarga iPhone mereka.

Terkini, Apple tidak lagi menawarkan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max keluaran tahun lepas. Sebaliknya, untuk kedua-dua versi ini, pengguna boleh mendapatkan siri iPhone 12 yang lebih berkuasa.

Apa pun, Apple masih meneruskan penawaran iPhone XR dan iPhone 11 – selain iPhone SE yang telah diperkenalkan tahun ini. Namun, harga jualannya kini dikemaskini.

Apple iPhone XR yang diperkenalkan pada tahun 2018 lepas, kini ditawarkan pada harga RM2399 – sekaligus memperlihatkan kemaskini harga kali kedua untuknya.

Sementara iPhone 11 pula kini ditawarkan pada harga bermula RM2899.

Kedua-dua model telefon pintar ini juga tidak lagi menyertakan kepala pengecas dan juga fon telinga dalam kotak pembelian peranti – sama seperti pada iPhone 12.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd