Serlahkan Bakat Penggambaran Anda Dengan 6 AI Kamera Daripada OPPO A93

Serlahkan Bakat Penggambaran Anda Dengan 6 AI Kamera Daripada OPPO A93

Diterbitkan pada Okt 29, 2020 oleh .

Telefon pintar sekarang sudah menjadi keperluan kepada semua golongan masyarakat. Kini, ia bukanlah sekadar alat komunikasi yang memudahkan pengguna untuk berhubung, malah ia juga digunakan sebagai simbol seseorang yang sentiasa mengikuti arus teknologi moden. Jika kita lihat, kesemua telefon pintar sekarang telah dilengkapi dengan fungsi kamera. Ini sekaligus menjadikan telefon pintar sebagai satu peranti yang membolehkan anda untuk melakukan pelbagai tugasan.

OPPO juga adalah antara salah satu syarikat pengeluar telefon pintar yang sentiasa menawarkan pelbagai rekaan dan spesifikasi yang memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar yang hadir dengan pelbagai fungsi penggambaran dan dijual pada harga yang mampu milik, OPPO A93 adalah model telefon pintar yang perlu anda beli. Hal ini adalah kerana telefon pintar ini memfokuskan kepada fungsi penggambaran, yang mempunyai sehingga 6 kamera untuk penggambaran AI Portrait. Antara fungsinya adalah:

1. AI Color Portrait
  • OPPO telah menyertakan pelbagai fungsi penggambaran baru untuk telefon pintar terbaru keluaran mereka tahun ini. Antaranya adalah fungsi AI Color Portrait. Fungsi ini membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman gambar dan video dengan subjek utama yang berwarna yang berlatar belakangkan persekitaran hitam putih. Fungsi ini boleh dilakukan melalui kamera hadapan dan belakang dengan jumlah subjek sehingga 3 orang. Jika dahulu fungsi ini memerlukan pengguna untuk membuat suntingan, namun dengan OPPO A93 anda tidak lagi perlu lakukannya. Hal ini adalah kerana fungsi rakaman ini telahpun tersedia pada aplikasi kameranya.
2. AI Super Night Portrait
  • Fungsi kamera ini boleh digunakan apabila anda ingin merakam suasana malam yang gelap gelita di sekelilingnya. Algoritma AI pada fungsi ini akan membantu untuk membuat pengecaman wajah dan menonjolkan subjek di dalam gambar untuk menghasilkan gambar potret yang lebih cerah dah jelas walaupun pencahayaan persekitaran yang anda sedang berdiri adalah malap. Fungsi ini juga akan memberi kesan kepada penggambaran HDR yang anda rakam untuk kelihatan lebih tajam. Jadi, anda tidak lagi perlu risau untuk membuat penggambaran malam kerana fungsi yang ada pada kamera OPPO A93 ini sangat membantu dalam menghasilkan rakaman yang cantik.
3. AI Night Flare Portrait
  • Sebelum ini, untuk menghasilkan gambar dengan efek lampu adalah agak sukar melainkan anda menggunakan kamera professional. Hal ini adalah kerana, jika anda ingin melakukan penggambaran pada waktu malam dan dalam masa yang sama berada di persekitaran yang banyak lampu, ia akan menjadikan salah satu subjek di dalam gambar sahaja untuk menyerlah. Samaada subjek utama di dalam gambar iaitu anda akan menyerlah tetapi latar belakang menjadi gelap, ataupun lampu-lampu di persekitaran lebih menyerlah dan anda pula akan tenggelam menjadi gelap. Namun dengan OPPO A93, anda tidak lagi perlu risau tentang isu penggambaran malam ini.
4. AI Super Clear Portrait
  • Ternyata kamera OPPO kali ini memfokuskan kepada penggambaran malam untuk telefon pintar OPPO A93. Melalui fungsi AI Super Color Portrait ini, ia membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman yang lebih tajam walaupun pada waktu malam. Fungsi ini dibantu oleh teknologi deep learning dan pembinaan semula wajah AI dimana ia akan membaiki setiap sudut yang kabur pada gambar dengan menggabungkan setiap rakaman yang diambil untuk menghasilkan rakaman potret malam yang lebih jelas dan tajam.
6. Dual Lens Bokeh
  • Jika dahulu sekiranya anda inginkan merakam swafoto beramai-ramai, ia sedikit sukar kerana rakaman anda berpotensi untuk hanya fokuskan kepada satu subjek sahaja dan mengaburkan subjek-subjek yang lain. Tetapi anda tidak perlu risau kerana OPPO A93 ini juga boleh menghasilkan rakaman swafoto dengan efek bokeh dan memfokuskan lebih daripada satu subjek. Bukan sekadar gambar, anda juga boleh menghasilkan video bokeh swafoto bersama rakan anda. Ini sekaligus dapat menjadikan rakaman swafoto anda dan rakan-rakan menjadi lebih cantik, tajam dan setanding dengan kamera daripada telefon pintar kelas atasan.
6. Ultra Clear 108MP
  • Telefon pintar OPPO A93 ini mempunyai kemera utama gabungan lensa 48MP untuk kamera utama, 8MP untuk rakaman sudut lebar, 2MP untuk lensa mono dan satu lagi 2MP juga untuk rakaman mono. Manakala kamera hadapannya pula disertakan dengan gabungan lensa 16MP dan 2MP. Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini juga mampu untuk merakam gambar yang beresolusi 108MP. Melalui fungsi ini, ia membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman yang jelas dan tajam pada waktu siang walaupun gambar anda telah dipotong. Kebolehan ini dibantu oleh algoritma AI yang akan menjana gambar dengan hasil ketajaman yang jitu, yang mana seterusnya menghasilkan gambar dengan kualiti yang lebih cantik dan jelas.

Selain pelbagai fungsi kameranya yang baik, OPPO A93 ini juga dilengkapi dengan rekaan yang menjadi alasan tambahan mengapa anda patut membelinya. OPPO A93 ini membawakan rekaan bucu membulat sehingga 220 darjah dan sangat nipis, iaitu senipis 7.48mm dengan berat yang hanya 164g sahaja. Telefon pintar OPPO A93 ini juga merupakan peranti pertama di dalam industri telefon pintar yang hadir dengan rekaan bucu membulat ini. Rekaan yang sebegini menjadikannya sangat mudah diselitkan ke dalam poket dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

Bagi anda yang suka menonton video melalui telefon pintar, terdapat satu fungsi pada OPPO A93 ini yang dipanggil sebagai Anti-Lag Algorithm. Fungsi ini akan mengesan punca sesuatu peranti menjadi lengah masa dan seterusnya akan memilih data yang menyebabkan masalah ini berlaku untuk dibuang. Namun, sekiranya anda tidak mahu membuang data ini anda boleh luaskan slot memori ini kepada 512GB. Pada asalnya memori dan storan yang ditawarkan adalah 8GB RAM bersama 128GB ROM.

Rekaan skrin OPPO A93 ini adalah seluas 16.34cm dan dilengkapi dengan paparan FHD+ AMOLED bersama rekaan Dual Punch Hole pada hadapan skrin. Kamera swafotonya diletakkan pada skrin hadapan ini, yang bersaiz 3.7mm sahaja. Ini memberikan paparan yang lebih luas kepada anda untuk menikmati tontonan yang lebih mengasyikkan. Tambahan pula, skrin OPPO A93 ini telah diiktiraf daripada TUV Rhienland yang dikatakan baik untuk penglihatan mata dalam satu jangka masa panjang. Malah sekiranya anda menonton video melalui telefon ini sambil makan dan dalam masa yang sama ingin menatal skrin, anda boleh menggunakan fungsi Air Gestures pada telefon ini bagi mengelakkannya kotor.

Tontonan video semestinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada bateri telefon pintar ini. Tetapi anda tidak perlu risau kerana OPPO A93 ini dilengkapiii dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecasan pantas 18W. Namun sekiranya anda ingin mengecasnya sebelum tidur, anda tidak perlu risau kerana pengecasannya menyokong untuk mengoptimasikan pengecasan pada waktu malam dengan baik. Oleh itu apabila anda bangun pagi, ia akan cuba untuk mengecasnya 100% seiring dengan waktu anda bangun.

Secara kesimpulannya, OPPO A93 ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana harganya yang mampu milik dan dalam masa yang sama mempunyai pelbagai fungsi untuk dioptimasikan. Jadi sekiranya anda berminat, OPPO A93 ini boleh didapati pada harga RM1299 melalui pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Layari: Laman Rasmi OPPO Malaysia Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia


TIPS & ULASAN